Berita | PDRM tidak terima laporan 3 pegawai SPRM curi barang kes AS$6 juta
KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak menerima sebarang laporan berhubung dakwaan tiga pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) direman kerana curi barang kes wang tunai berjumlah AS$6 juta.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Abdul Jalil Hassan berkata, pihaknya sedia maklum berhubung isu tular mengenai tiga pegawai SPRM itu.
“PDRM mengesahkan bahawa sehingga hari ini, tiada sebarang laporan polis diterima berhubung kejadian ini,” katanya melalui kenyataan pada Isnin.
Abdul Jalil berkata, pihaknya menasihati orang ramai supaya menjadi pengguna media sosial yang bijak dan bertanggungjawab serta tidak menyebarkan berita tidak benar.
“Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana individu yang sengaja menyalahguna media sosial untuk menyebarkan berita palsu,” katanya. – SINAR HARIAN
oleh Ahmad Ismadi Ismail
kredit foto: TheStar