Berita | Pelayaran raih podium di Switzerland

Kuala Lumpur: Skuad pelayaran negara mempamerkan prestasi mantap di di kejohanan Ujian 1 Piala Emas Liga Pelayar di Switzerland semalam selepas memperoleh tempat ketiga sekali gus akan menjadi pembakar semangat menjelang cabaran sebenar di Piala Emas SSL tahun depan.

Menurut atlet pelayaran negara yang beraksi di Sukan Olimpik Tokyo 2020 baru-baru ini, Khairulnizam Mohd Affendy, pengalaman diperoleh itu tentunya amat berharga apatah lagi skuad berkenaan baharu saja berusia 14 hari.

“Terima kasih kepada semua ahli pasukan atas usaha gigih bagi memastikan pasukan ini berada di pentas podium dan kepada kapten @danialnajmuddin kerana menjadikan ia satu kenyataan dan memberi peluang untuk kami belayar bersama bot besar.

“Pada akhirnya saya sedar yang pasukan kami ini baru berusia 14 hari dengan ada sesetengah daripada kami tidak pernah bersama sebelum ini dan saya berbangga dengan pasukan ini.

“Ini membuktikan Malaysia mempunyai pelayar bagus dan mampu mengemudi ‘keelboats!. Dengan keputusan ini, saya harap semua pihak dapat memberikan sokongan kepada program kami dan menjadi sebahagian pasukan untuk mencapai sasaran tahun depan,” kata Khairulnizam dalam hantarannya di Facebook.

Turut berada dalam pasukan bersama Khairulnizam adalah pelayar Olimpik Tokyo yang lain seperti, Nur Shazrin Mohamad Latif, Nuraisyah Jamil, Juni Karimah Noor Jamali. – HARIAN METRO

oleh Ferzalfie Fauzi

kredit foto: StarSailorsLeague/FB

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: