Berita | Singapura rekod lebih 1,000 kes tempatan dua hari berturut

SINGAPURA: Singapura mencatatkan 1,009 kes tempatan baharu COVID-19 setakat tengah hari semalam, dengan 919 daripadanya adalah jangkitan dalam komuniti dan 90 lagi membabitkan penghuni asrama.

Republik itu mencatatkan kes baharu tempatan melepasi 1,000 kes untuk dua hari berturut-turut, dengan 1,004 kes direkodkan kelmarin.

Menurut Kementerian Kesihatan Singapura, daripada jumlah kes baharu tempatan semalam, seramai 321 individu adalah mereka yang berusia 60 tahun dan ke atas.

Selain itu, Singapura turut merekodkan tiga jangkitan import, menjadikan keseluruhan jumlah kes harian negara itu sebanyak 1,012 kes.

Empat kluster baharu disenaraikan Kementerian Kesihatan Singapura, iaitu Lorong 8 Pusat Penjaja Toa Payoh (Toa Payoh Lorong 8 Market and Food Centre), Rumah Jagaan Woodlands, Pusat Jagaan Windsor Convalescent dan prasekolah My Little Campus (Yishun).

Kluster Lorong 8 Pusat Penjaja Toa Payoh mencatatkan 41 kes positif COVID-19 dengan masing-masing membabitkan 24 kakitangan dan 17 kontak isi rumah.

Menurut Kementerian Kesihatan, semua pekerja pusat penjaja akan diarahkan menjalani ujian calitan COVID-19.

Sementara itu, Rumah Jagaan Woodlands merekodkan 12 kes yang mana ia membabitkan 11 penghuni dan seorang kakitangan.

Kluster Rumah Jagaan Windsor Convalescent pula mencatatkan 10 kes iaitu sembilan penghuni dan seorang kakitangan disahkan positif COVID-19.

Bagi prasekolah My Little Campus (Yishun), sebanyak 11 kes dikesan yang membabitkan sembilan murid dan dua kakitangan.

Empat kluster itu adalah antara 16 kluster besar yang sedang dipantau kementerian terbabit.

Dalam pada itu, 873 pesakit sedang dirawat di hospital dengan kebanyakannya sihat dan sedang dalam pemantauan.

Daripada jumlah itu, 118 kes membabit pesakit serius yang memerlukan bantuan oksigen sementara 21 lagi berada dalam keadaan kritikal di unit rawatan rapi (ICU).

Sepanjang 28 hari lalu, kira-kira 98.1 peratus kes tempatan tidak menunjukkan gejala atau mempunyai gejala ringan.

Setakat semalam, Singapura melaporkan 77,804 kes COVID-19 dengan 60 kematian disebabkan penyakit itu. – AGENSI

kredit foto: AFP

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: