Rencana | Artikel tentang buluh yang berbaloi dibaca

Buluh, sejenis tumbuhan tropika dari keluarga Poaceae. Dengan struktur berongga dengan keratan rentas vaskularnya sepanjang batang, buluh jadi ciptaan yang minimalis, ‘sophisticated’ dan sedikit misteri. Aishh.

Oh ya, seperti orang timur yang berdaya kolektif, buluh juga hidup berumpun.

Buluh bukan sebarang batang. Buluh antara tumbuhan yang paling pantas membesar kerana sistem bersandar rizomnya yang unik.

Membentuk budaya orang dulu, buluh dijadikan bahan asas perkakas harian. Seni budaya berkembang apabila buluh menjadi alat, bahan dan insipirasi kraftangan geometrik, swastika, pucuk rebung dan macam-macam.

Dalam seni bunyi, buluh juga handal. Dengan seruling, kertak, terali, teriung, sompoton dan angklung, manusia boleh menyusun bunyi menjadi irama. Asyik!

Dalam seni tari juga banyak peranan buluh. Tapi Roi tak mahu cerita. Nanti artikel ini panjang sangat.

Kini, buluh terus memainkan peranannya kepada penduduk bumi. Pelbagai industri berasaskan buluh merangkumi papan buluh, perabot, pembinaan, tekstil, perladangan, makanan dan arang serta kraftangan. Tahun lepas, nilai eksport produk buluh adalah RM8.28 juta.

Namun, jumlah yang direkodkan ini terlalu kecil berbanding saiz pasaran buluh dunia. Inilah masalahnya yang buat Roi bengang. Roi kena buat sesuatu!

Tapi sebelum Roi buat sesuatu, Menteri KPKK yang baru, Zuraidah Kamaruddin telah ke depan.

Tadi, semasa Zuraida merasmikan sambutan Hari Buluh Dunia 2021 (WBD 2021), yang ke-10 di Malaysia, banyak pelan dan program yang dirangka bagi meningkatkan industri buluh. Nampaknya menteri rasa apa yang Roi rasa.

Dalam majlis itu, Pelan Tindakan Pembangunan Industri Buluh Negara 2021-2030, kesinambungan pelan 2011-2020 telah dilancarkan.

Pelan tindakan ini berperanan untuk memperkasakan hala tuju Malaysia sebagai negara pengeluar buluh dan produk berasaskan buluh untuk dieksport ke China, Indonesia, Thailand dan serata dunia.

Roi baru terfikir pasal buluh tapi Menteri baru KPKK sudah siap pelan sehingga 2030. Kesimpulannya, tak jadi Roi nak bengang.

Doa Roi, moga pelan berjalan lancar dan Malaysia terus maju sebagai pengeluar buluh dan produk buluh terbesar dunia. – PPI

Oleh Ahmad Roi

kredit foto: CelikWang

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: