Berita | KP SPRM perlu ‘rehat’, biar polis siasat kes 3 pegawainya seleweng duit, kata Ahli Parlimen PKR

PETALING JAYA: Kes tiga pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang ditahan kerana dakwaan penyelewengan wang yang diklasifikasikan sebagai bukti harus disiasat oleh polis bukan SPRM, kata Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil.

Beliau dalam pada itu berpandangan, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki perlu “merehatkan diri” untuk memastikan tidak ada sebarang unsur campur tangan, sekali gus memastikan integriti proses siasatan berjalan dengan baik.

“Ahli Parlimen termasuk saya berpandangan, pada waktu ini ketua pesuruhjaya pencegahan rasuah Malaysia perlu merehatkan diri untuk memastikan integriti proses siasatan itu berjalan dengan baik.

“Saya juga ada masukkan usul dan harap speaker akan benar untuk bahaskan esok (Rabu) tetapi paling penting waktu ini ialah isu integriti SPRM mungkin dipersoal.

“Adakah kita sudah sedia dengan keadaan rakyat akan hilang percaya terhadap SPRM? Saya rasa dalam usaha memerangi rasuah, kena pastikan integriti SPRM tidak dipersoalkan,” katanya pada sidang media di bilik media Parlimen hari ini.

Fahmi berkata, kes yang ketika ini disiasat sendiri oleh SPRM menimbulkan tanda tanya dalam kalangan beberapa pihak.

Beliau mendakwa, kes itu sekurang-kurangnya melibatkan lima seksyen yang sepatutnya disiasat oleh polis, bukannya SPRM.

“Ini kerana kes tersebut bukan hanya sekadar membabitkan salah guna kuasa, tetapi adalah kes jenayah berat.

“Ia termasuk melibatkan Seksyen 204 Kanun Keseksaan, iaitu membinasakan surat atau bukti bagi mengelakkannya daripada dikemukakan sebagai keterangan,” kata Fahmi.

Selain itu katanya, ia turut membabitkan Seksyen 489A pemalsuan mata wang kertas, 489B menggunakan mata wang kertas palsu dan juga 489C memiliki mata wang kertas palsu; termasuk Seksyen 379 Kanun Keseksaan, iaitu kesalahan mencuri.

“Maka sekurang-kurangnya lima kesalahan berlaku yang seharusnya disiasat PDRM bukan SPRM. Tetapi kalau kita lihat kenyataan daripada pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, belum ada laporan polis dibuat setakat ini.

“Jadi, saya berharap pihak polis tidak perlu menunggu laporan dibuat tetapi buat laporan sendiri dan mulakan siasatan kerana kita risau apa yang berlaku ini adalah siri pengkhianatan amanah,” katanya.

Semalam, SPRM mengesahkan tiga pegawainya ditahan bagi membantu siasatan berhubung dakwaan salah guna kuasa dan penyelewengan wang tunai berjumlah lebih RM25 juta dalam urusan kes membabitkan seorang bekas ketua jabatan.

SPRM memaklumkan, ketiga-tiga pegawai sudah dihadapkan ke Mahkamah Majistret untuk permohonan reman selama enam hari bermula 14 September lalu. – FMT

kredit foto: MYKMU

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: