Berita | Lebih 600 tangkapan, RM6.17 juta rampasan Op Benteng

Kuching: Pasukan Gerakan Am (PGA) Sarawak merampas RM6.17 juta sepanjang pengoperasian Op Benteng Covid-19 mulai 1 Januari hingga 19 September lalu.

Komander PGA Briged Sarawak Senior Asisten Komisioner Saini Bongkek berkata, dalam tempoh itu sebanyak 248 serbuan dilakukan, membabitkan 342 tangkapan berserta rampasan 80 kenderaan.

Katanya, seramai 610 pendatang asing warga Indonesia iaitu 507 lelaki dan 103 wanita yang cuba masuk secara haram diusir ke negara asal.

“Statistik kejayaan ini juga merangkumi jumlah tangkapan 67 tekong darat membabitkan 61 warga tempatan yang terdiri daripada 60 lelaki dan seorang wanita.

“Manakala, enam lagi tekong darat adalah warga asing yang kesemuanya lelaki Indonesia. Turut dirampas 55 kenderaan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Saini berkata, kesemua tangkapan dan rampasan disiasat mengikut Akta Imigresen 1963, Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (Atipsom), Akta Kastam 1967, Akta Dadah Berbahaya 1952 dan lain-lain akta yang berkaitan.

“PGA akan terus komited dalam usaha untuk memperkasakan serta memperketatkan kawalan keselamatan sempadan Sarawak, sekali gus memastikan ia tidak dibolosi oleh sebarang bentuk jenayah rentas sempadan,” katanya. – HARIAN METRO

oleh Norsyazwani Nasri

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: