Berita | Kerajaan kaji cukai bagi syarikat jana keuntungan luar biasa ketika Covid-19

KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang mengkaji untuk mengenakan cukai ke atas syarikat yang menjana keuntungan luar biasa semasa pandemik Covid-19.

Timbalan Menteri Kewangan, Yamani Hafez berkata, ini bagi meningkatkan hasil.

“Ini termasuk mengenakan cukai ke atas keuntungan hasil pelaburan saham dan pengenaan kadar cukai lebih tinggi secara “one-off” kepada syarikat-syarikat yang menjana keuntungan luar biasa dalam tempoh pandemik Covid-19.

“Hasil tambahan daripada cukai tersebut akan digunakan untuk membiayai aktiviti-aktiviti atau program pemulihan khusus membantu golongan sasar,” katanya ketika sesi penggulungan Titah Diraja di Dewan Rakyat.

Sebelum ini, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) menggesa kerajaan di semua negara mempertimbangkan langkah mengenakan ‘cukai solidariti atau kekayaan’ ke atas golongan kaya.

Ini ditujukan kepada mereka yang berjaya menghasilkan wang yang banyak semasa pandemik Covid-19 dalam usaha untuk mengurangkan jurang ketidaksamarataan.

Setiausaha Agungnya, Antonio Guterres berkata, dunia perlu memastikan dana disalurkan kepada golongan yang paling memerlukan. -FMT

oleh Mohamad Fadli

kredit gambar: Bernama

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: