Berita | Kualiti diplomat Malaysia perlu dipertingkat: Saifuddin

SHAH ALAM – Kualiti diplomat Malaysia masih boleh dipertingkat dalam usaha memastikan mereka boleh berperanan lebih aktif di persada antarabangsa, kata Menteri Luar Negeri, Datuk Saifuddin Abdullah.

Beliau bagaimanapun mengakui, mereka sememangnya dilatih dengan baik serta memenuhi keperluan diplomasi.

“Saya lihat diplomat kita di Kementerian Luar Negeri ini profesional. Mereka ini dilatih dengan baik dan memadai untuk memenuhi keperluan diplomasi kita.

“Tetapi kalau kita mahu memainkan peranan secara lebih aktif, kita harus tingkatkan kualiti,” katanya pada program Bersama Saifuddin yang disiarkan di semua platform Sinar Harian pada Selasa.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Tokoh Wartawan Negara, Tan Sri Johan Jaaffar berhubung sejauh mana tahap kualiti diplomat Malaysia ketika ini.

Mengulas lanjut, Saifuddin berkata, beliau sebelum ini turut mencadangkan agar kerajaan melahirkan ‘subject matter expert’.

“Saya perkenalkan program yang dipanggil pensarjanaan diplomat. Alhamdulillah walaupun perlahan sedikit tetapi kita dah mula dan 16 orang pertama akan mengikuti program ini.

“Kita juga bekerjasama dengan Universiti Utara Malaysia (UUM),” katanya.

Beliau turut mencadangkan agar beberapa wakil pelajar dihantar ke luar negara untuk menyertai kursus-kursus pendek.

“Misalnya ke Harvard Business School dan Kennedy School of Government. Yang paling penting ialah kursus-kursus pendek ini bukan sekadar untuk belajar sahaja tetapi perlu menjalinkan ‘networking’ dengan tokoh-tokoh besar di luar negara.

“Saya kira ini yang harus kita lipat gandakan nanti,” katanya.

oleh Raja Nur Faznie Aida

kredit foto: TheStar

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: