Berita | Piala Liga: Minamino cetus kemenangan Liverpool

LONDON: Penyerang Jepun Takumi Minamino beraksi cemerlang ketika membantu Liverpool menewaskan Norwich 3-0 di pusingan ketiga Piala Liga.

Liverpool turut merakam keputusan sama di Carrow Road dalam aksi Liga Perdana Inggeris awal musim ini dan kali ini ia dilakukan oleh barisan pemain simpanannya.

Pengendali Liverpool Jurgen Klopp membuat sembilan pertukaran ke atas skuad yang menewaskan Crystal Palace Sabtu lalu, dengan Kaide Gordon, 16, dan seorang lagi pemain remaja Conor Bradley diberikan penampilan sulung.

Minamino, yang tampil buat kali pertama musim ini selepas kecederaan paha, meletakkan Liverpool di depan pada minit keempat selepas mendapat hantaran Divock Origi.

Norwich mensia-siakan peluang untuk menyamakan kedudukan sebelum rehat apabila penalti Christos Pzolis diselamatkan Caoimhin Kelleher.

Origi menambah jaringan pada minit ke-50, menanduk hantaran lintang Kostas Tsimikas untuk gol pertamanya dalam 12 bulan.

Minamino meledak gol keduanya ketika permainan berbaki 10 minit dengan rembatan jarak dekat.

“Pemain bola ingin bermain, itu jelas. Dia bersama pasukan kebangsaan, cedera dan kemudian tidak cergas.

“Bukannya dia tidak bermain dalam tempoh 60 minggu. Taki berada dalam keadaan baik, berlatih dengan gigih dan berhak mendapat dua gol itu,” kata Klopp. – AFP

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: