Berita | 5 daripada 23 cadangan tambah baik operasi LRT Kelana Jaya sudah dilaksana, kata menteri

PETALING JAYA: Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) sudah melaksanakan sepenuhnya lima langkah jangka pendek daripada 23 cadangan untuk menambahbaik operasi Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Kelana Jaya yang dicadangkan Jawatankuasa Siasatan Kementerian Pengangkutan.

Menteri Pengangkutan, Wee Ka Siong, berkata lima langkah jangka pendek telah dilaksanakan dalam tempoh tiga bulan yang ditetapkan antaranya menetapkan dua Hostler atau pemandu bagi mengendalikan tren secara manual ketika di dalam terowong, peranan Hostler kedua adalah sebagai pegawai keselamatan dan pematuhan.

Selain itu katanya, lampu suluh berkuasa tinggi dibekalkan kepada Hostler untuk memudahkan tugas mereka ketika dalam terowong selain penyediaan senarai semak untuk kegunaan dan panduan kepada Hostler serta pusat kawalan operasi (OCC) dalam mengendalikan tren secara manual ketika situasi kritikal.

“Menubuhkan Jawatankuasa Pengawasan untuk menjalankan audit terhadap tanda arah/penanda landasan dan menubuhkan Jawatankuasa Keselamatan untuk melaporkan audit keselamatan kepada pengurusan kanan Prasarana dan Rapid Rail bagi tujuan semakan serta pemantauan,” katanya dalam kenyataan mengulas langkah diambil susulan insiden pelanggaran LRT Laluan Kelana Jaya pada 24 Mei lalu.

Wee berkata, pihaknya juga berpuas hati dengan prestasi Prasarana dalam mendorong Rapid Rail untuk melaksanakan langkah-langkah penambahbaikan tambahan.

Katanya, antara langkah tambahan yang telah dilaksanakan bagi memastikan keselamatan perkhidmatannya ialah meningkatkan “Manual Route Reservation” dan menambah “Buffer Zone” untuk melindungi tren yang kehilangan isyarat komunikasi supaya tren lain yang berhampiran akan berhenti pada jarak yang lebih jauh.

Ia termasuk menghadkan kelajuan maksimum tren yang dikendalikan secara manual sehingga 20km sejam seperti ditetapkan dalam SOP yang disemak semula, mengeluarkan Buletin Keselamatan secara berkala dan bila perlu kepada semua kakitangan Prasarana dengan penekanan terhadap isu kesihatan, keselamatan dan persekitaran.

“Menambah kekerapan latihan kecekapan bagi pemandu dan eksekutif kawalan, di samping latihan atau perakuan lain yang berkaitan, sama ada di dalam atau luar negara demi menambahbaik kemampuan dan kecekapan mereka.

“Melakukan latihan Emergency Response Planning (ERP) setiap Ahad malam dengan penekanan terhadap pelbagai senario yang melibatkan kegagalan sistem, termasuk menyelamatkan tren yang kehilangan isyarat komunikasi, dan pengendalian tren secara manual untuk menambahbaik kemampuan kakitangan dan sistem untuk bertindak balas dalam situasi kecemasan, terutama di kawasan yang sukar diakses, seperti terowong bawah tanah dan jejambat,” katanya.

Wee turut memaklumkan, 11 langkah jangka sederhana yang perlu dilaksanakan dalam masa tiga ke enam bulan di mana 73% daripada kerja berkaitan telah selesai dan dijangka dapat disiapkan pada tarikh ditetapkan, iaitu 9 Disember.

“Mengenai tujuh langkah jangka panjang pula, Prasarana bekerjasama dengan pihak berkepentingan dan pihak berkuasa berkaitan seperti Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) untuk melaksanakannya secara progresif kerana terdapat beberapa perkara yang memerlukan pelaburan dan kepakaran teknikal tambahan dari pelbagai pihak.

“Kementerian Pengangkutan juga menantikan pelaksanaan secara cekap dan tepat pada masa untuk 18 cadangan yang lain, dan kami akan terus bekerjasama dengan Prasarana untuk memastikan pematuhan secara keseluruhan oleh semua pihak yang terbabit terhadap langkah-langkah keselamatan pengoperasian,” katanya. – FMT

kredit foto: Bernama

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: