Berita | Malaysia kemuka kepada Singapura cadangan DCA

KUALA LUMPUR – Malaysia akan mengemukakan cadangan kepada Singapura untuk membenarkan pergerakan rentas sempadan secara harian dikenali sebagai Daily Commuting Arrangement (DCA) membabitkan rakyat bagi kedua-dua negara itu.

Menteri Luar Negeri, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, perkara itu masih di peringkat cadangan dan banyak perkara perlu diperhalusi sebelum ia dapat dilaksanakan.

“Keutamaan rundingan pembukaan sempadan secara beransur-ansur ini bagaimanapun bergantung kepada kesihatan semasa. Disebabkan situasi penularan Covid-19 di kedua-dua negara pada ketika ini masih belum reda, Malaysia mahupun Singapura akan terus melaksanakan peraturan kesihatan yang ketat bagi pergerakan rentas sempadan.

“Walaupun kadar vaksinasi di kedua-dua negara sudah mencapai lebih kurang 80 peratus, namun pembukaan semula sempadan melibatkan banyak pihak dan faktor-faktor penting yang perlu dipertimbangkan.

“Seperti saya maklumkan sebelum ini, perkara utama dititikberatkan negara bagi mana-mana cadangan pembukaan sempadan akan berbalik kepada soal keselamatan dan kesihatan rakyat di samping situasi semasa Covid-19, baik di Malaysia mahupun di Singapura,” katanya dalam ucapan penggulungan perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja bagi kementeriannya di Dewan Rakyat pada Khamis.

Saifuddin berkata, keputusan diambil oleh kedua-dua negara untuk menutup sempadan negara masing-masing ketika ini adalah untuk mengekang penularan virus Covid-19.

Katanya, langkah itu diambil bagi mengelak peningkatan jangkitan dalam komuniti bagi memastikan kesihatan dan keselamatan awam termasuk pekerja sentiasa terpelihara.

“Namun demikian, mengambil kira faktor saling kebergantungan dari aspek ekonomi di antara kedua-dua buah negara, Malaysia dan Singapura menjalinkan kerjasama erat khususnya dalam menghadapi cabaran-cabaran luar jangka akibat pandemik Covid-19,” katanya. – SINAR HARIAN

oleh Nurul Huda Husain & Mohamad Khairil Ashraf Mohd Khalid

credit photo: TheMalaysianReserve

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: