Berita | Waran tangkap ‘tak laku’ di UK, kata editor Sarawak Report

PETALING JAYA: Editor Sarawak Report Clare Rewcastle Brown berkata pihak yang berusaha mengekstradisinya hanya akan berdepan kekeliruan kerana fitnah jenayah tidak wujud bawah undang-undang Britain.

“Mereka akan mendapat respons memalukan sama yang diterima ketika cuba mengekstradisi saya menggunakan Notis Merah kerana mendedahkan skandal 1MDB,” katanya kepada FMT selepas mahkamah di Terengganu mengeluarkan waran tangkap terhadapnya.

Rewcastle Brown berkata, beliau telah memaklumkan kepada pihak berkuasa Malaysia bahawa tiada sebab untuknya berada di negara ini dalam masa terdekat.

“Saya tidak akan tunduk kepada percubaan untuk menakutkan saya,” katanya.

Dia sepatutnya hadir di mahkamah hari ini bagi tuduhan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana membuat kenyataan berunsur fitnah mengenai Sultanah Nur Zahirah dalam bukunya, “The Sarawak Report – The Inside Story of the 1MDB Expose”.

Sultanah Nur Zahirah yang memfailkan saman itu pada 21 Nov 2018 mendakwa kenyataan Rewcastle Brown itu boleh membawa maksud baginda terlibat dalam amalan rasuah dan mencampuri urusan pentadbiran kerajaan negeri Terengganu, selain menggunakan statusnya untuk mempengaruhi penubuhan Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA) yang kemudian dikenali sebagai 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Sultanah Nur Zahirah mendakwa kenyataan itu turut membawa maksud baginda telah membantu ahli perniagaan dalam buruan Jho Low atau Low Taek Jho menjadi penasihat TIA.

Rewcastle Brown yang kini berada di UK berkata, kes itu berunsur politik dan langkah menghidupkan semula aduan jenayah yang “sebelum ini telah dibatalkan” menunjukkan “salah guna kuasa dan pengaruh di Malaysia”.

Katanya, beliau telah bekerjasama dengan siasatan Bukit Aman pada 2018 termasuk menjelaskan maksud ayat yang dipertikaikan itu, dengan antara lain menegaskan ia tidak bertujuan untuk menghina Sultanah Nur Zahirah atau iparnya.

“Malah saya bimbang ada usaha memperdaya Sultanah mengenai maksud sebenar ayat pendek itu sebagai provokasi untuk kes ini.”

Menurutnya, pandangannya itu lebih-lebih lagi selepas beberapa perkataan dalam ayat yang dipertikaikan itu didakwanya telah diubah dengan sekurang-kurangnya tiga perkataan yang berbeza daripada teks asal.

“‘Kesilapan’ berkenaan telah dibuat dan kesannya telah mengubah maksud ayat itu, lebih menjurus kepada dakwaan pengadu,” katanya.

“Susulan itu saya terpaksa menjelaskan kepada polis pada 2018 bahawa saya bimbang sama ada aduan itu cacat atau ada cubaan untuk memperdaya mereka,” katanya dengan menambah dia bekerjasama dalam kes sivil dikemukakan Sultanah Nur Zahirah. -FMT

oleh Sean Augustin

credit photo: AFP

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: