Berita | Cadangan subsidi ayam akan diperhalusi

Subang Jaya: Kerajaan akan memperhalusi cadangan berhubung sistem subsidi kepada pengusaha ladang ayam bagi mengawal kenaikan harga ayam di seluruh negara.

Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Datuk Seri Hasnol Zam Zam Ahmad berkata, pihaknya akan berbincang terlebih dahulu sebelum sebarang keputusan diputuskan.

“Perbincangan dengan pelbagai kementerian bagi memperhalusi. Apa-apa dasar yang akan diputuskan, kita tidak boleh membuat dasar yang menyebelahi satu pihak sahaja.

“Perkara ini peru diperhalusi lagi bersama persatuan industri ayam dan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (Mafi),” katanya ketika ditemui selepas merasmikan pembukaan pasar raya Big Mart di Taman Puchong Perdana, hari ini.

Hasnol berkata, pihaknya juga sudah mengadakan percincangan dengan pihak industri bagi mendapatkan input berhubung harga bekalan.

“Semua pihak kini menghadapi cabaran masing-masing dengan kekangan situasi ketika pandemik ini.

“Antara yang dimaklumkan adalah masalah dari segi input iaitu pengangkutan seperti pergerakan kapal juga terhad pada ketika ini,”katanya.

Sebelum ini, KPDNHEP bercadang melaksanakan sistem subsidi kepada pengusaha ladang ayam terbesar bagi mengawal kenaikan harga ayam di seluruh negara.

Timbalan Menterinya, Datuk Rosol Wahid dilaporkan berkata, subsidi harga itu akan diberikan kepada 20 pengusaha ladang ayam di tiga negeri iaitu Johor, Negeri Sembilan dan Perak, yang mengeluarkan 80 peratus bekalan ke seluruh negara. – HARIAN METRO

oleh Hafidzul Hilmi Mohd Noor

kredit foto: LadangHijau

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: