Berita | Kebenaran Rentas Negeri Dijangka Dimuktamadkan Dalam Masa Tiga Minggu Lagi-Hishammuddin
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein memaklumkan bahawa kebenaran untuk rentas negeri dijangka akan dimuktamadkan dalam masa tiga minggu lagi.
Perkara itu telah dikongsikan bernama menerusi ciapan ringkas sebentar tadi.
Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri turut memberikan bayangan mengenai kebenaran rentas negeri ‘dalam beberapa minggu lagi’ selepas melihat peratus populasi dewasa dalam negara yang telah lengkap vaksinasi. – BERNAMA
kredit foto: Oh My Media