Berita | Malaysia tidak terima arahan China

JOHOR BAHRU: Kerajaan menafikan dakwaan Malaysia menerima arahan daripada China susulan cadangan untuk mendapatkan pandangan kuasa besar itu.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata cadangan kementeriannya untuk mendapatkan pandangan China dalam isu pembentukan kerjasama tiga hala antara Australia, United Kingdom (UK) dan Amerika Syarikat (AS) (AUKUS) hanya sekadar mendapatkan maklum balas.

Katanya, kenyataan Pakatan Harapan (PH) tidak berasas kerana apa yang beliau maklumkan kepada Dewan Rakyat adalah bagi mendapatkan pandangan serta maklum balas China, jauh sekali untuk dapatkan arahan daripada republik itu.

“Ingin saya jelaskan semula, cadangan mendapatkan pandangan China terhadap isu AUKUS supaya Malaysia dan negara Asia Tenggara lain boleh ambil tindakan proaktif.null

“Malaysia baik dengan dua-dua pihak, China atau pun Amerika Syarikat, saling menghormati. Tidak ada yang boleh laga-lagakan hubungan baik negara dengan dua kuasa besar itu.

“Namun, kemesraan kita itu tidak bermakna kita akan berkompromi terhadap kedaulatan negara kita,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas meninjau Pusat Pemberian Vaksin (PPV) pandu lalu di Batalion ke-6 Rejimen Renjer Diraja (6RRD), Kem Ulu Tiram, di sini, hari ini.

Hari ini, Jawatankuasa Keselamatan PH (JKPH) dilaporkan mendakwa cadangan Malaysia mendapatkan pandangan China itu, sebagai menerima arahan daripada kuasa besar itu.

Rabu lalu, Hishammuddin dilaporkan memaklumkan Malaysia akan mendapatkan pandangan daripada China, khususnya dalam aspek pertahanan berhubung pembentukan AUKUS.

Hishammuddin dilaporkan berkata, pihaknya bercadang untuk melakukan lawatan kerja ke republik itu dalam tempoh terdekat bagi membincangkan mengenai perkara berkenaan.

Dalam pada itu, Hishammuddin menafikan dakwaan kerajaan akan memansuhkan MyTravel Pass, dalam masa terdekat.

Katanya, sumber dan laporan berita sebuah portal berkenaan juga adalah tidak tepat.

“Pada waktu ini tumpuan kerajaan adalah untuk kebenaran rentas negeri. Bagaimana kita nak fikirkan rentas negara apabila rentas negeri pun belum kita putuskan.

“Namun saya tidak menafikan perancangan untuk melihat MyTravel Pass serta pendekatan lebih baik untuk rentas negara sudah difikirkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Insya-Allah, kita akan bentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Khas Endemik yang akan dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, minggu depan, bagi memperincikan SOP rentas negeri dan negara,” katanya.

Skim MyTravel Pass diperkenalkan kerajaan ketika negara dilanda wabak COVID-19, yang memerlukan rakyat tempatan membuat permohonan sebelum dibenarkan ke luar negara.

Skim terbabit dikatakan rumit kerana prosesnya mengambil masa sehingga 14 hari, sebelum permohonan itu dimaklumkan sama ada diluluskan atau ditolak.

oleh Mohamed Farid Noh

kredit foto: TheStraitsTimes

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: