Berita | MySejahtera dicadang akfitkan ‘bunyi peringatan’ daftar keluar

BAGAN SERAI: Kementerian Kesihatan (KKM) menyambut baik cadangan orang awam meminta pengendali aplikasi MySejahtera mengaktifkan bunyi peringatan secara berulang apabila pengguna tidak mendaftar keluar selepas lebih 30 minit mendaftar masuk di sesuatu premis.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali, berkata cadangan berkenaan adalah idea yang baik kerana pihak menerima aduan ramai pengguna dikatakan terlupa untuk daftar keluar selepas mendaftar masuk.

Justeru katanya, KKM akan berhubung dengan pengendali MySejahtera untuk membincangkan saranan berkenaan.

“Memang diakui butang ‘check out’ diwujudkan pihak MySejahtera agak membebankan ramai pengguna kerana terlupa.

“Sebenarnya pengguna tidak perlu bimbang kerana jika pengguna terlupa mendaftar keluar dan daftar masuk di tempat lain, pendaftaran di tempat awal tadi terbatal dengan sendiri.

“Namun begitu, cadangan netizen meminta pihak MySejahtera mengaktifkan bunyi peringatan, satu idea yang baik dan bernas,” katanya pada sidang media selepas melawat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Sementara di Sekolah Menengah Kebangsaan Abu Bakar Al-Baqir, hari ini.

Berhubung Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) Remaja, Noor Azmi berkata, pihaknya menyasarkan 60 peratus pelajar menerima suntikan lengkap pada November ini manakala 80 peratus pada akhir Disember nanti.

“Mengikut statistik, jumlah pelajar di negara ini ialah seramai 2,535,165 dan 681,853 menerima suntikan dos pertama, manakala 108,935 melengkapkan vaksinasi mereka.

“Ini menunjukkan 26.9 peratus mendapat suntikan dos pertama dan 4.3 peratus lengkap divaksi,” katanya.

Noor Azmi menegaskan, ibu bapa tidak perlu bimbang kesan suntikan vaksin terhadap pelajar kononnya wujud kesan sampingan seperti mengalami miokarditis (radang pada otot jantung) dan pericarditis (penyakit radang selaput jantung). – BERITA HARIAN

oleh Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi

kredit foto: Ong Soon Hin/The Star

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: