Berita | Surat sokongan bekas menteri PH tular

SHAH ALAM – Sepucuk surat sokongan berhubung permohonan untuk mendapatkan sebidang tanah melibatkan sebuah syarikat kepada seorang menteri pada zaman pentadbiran Pakatan Harapan (PH) tular menerusi aplikasi WhatsApp pada Jumaat.

Permohonan tersebut dibuat oleh sebuah syarikat pemaju swasta untuk mendapatkan kelulusan bagi memindahkan plot tanah di ibu negara pada 2019 bagi tujuan pembangunan bercampur.

Bagaimanapun, perkara tersebut bertentangan dengan polisi PH yang tidak membenarkan sebarang surat sokongan daripada menteri.

Sinar Harian yang melihat kandungan surat tersebut mendapati syarikat terbabit telah membuat permohonan berkenaan selepas beberapa bulan PH mengambil alih pentadbiran negara.

Menurut surat tersebut, rayuan dibuat selepas Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan (PTGWP) menarik balik kelulusan pada November 2018.

Jelas surat itu, pembangunan yang dicadangkan oleh syarikat tersebut terdiri daripada pangsapuri dan ruang komersial serta pembangunan rumah mampu milik.

Pembangunan tersebut dikatakan bertujuan untuk memenuhi aspirasi Kerajaan PH pada ketika itu untuk membina satu juta unit rumah mampu milik di Wilayah Persekutuan menerusi surat yang bertarikh November 2019 itu.

Ekoran daripada itu, sepucuk surat darpada pejabat menteri berkenaan telah dikeluarkan pada Mac 2019.

Surat yang ditandatangani oleh setiausaha politik kepada menteri berkenaan telah menyokong permohonan yang dibuat oleh syarikat terbabit.

Untuk rekod, Kerajaan PH telah memutuskan untuk melarang para menteri dan timbalan menteri daripada mengeluarkan surat sokongan untuk projek-projek kerajaan dan perkara-perkara yang mempunyai implikasi kewangan pada Jun 2018. – SINAR HARIAN

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: