Berita | UMNO tiada halangan Anwar bertanding di Perak

MANJUNG – UMNO mengalu-alukan sesiapa sahaja nama besar termasuk Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bertanding di Perak.

Pengerusi UMNO Perak, Datuk Saarani Mohamad berkata, pihaknya tidak menghalang mana-mana tokoh untuk bertanding di mana-mana kerusi di negeri ini.

Menurutnya, maklumat awal mengenai kehadiran pemimpin utama PKR itu juga amat membantu parti itu dalam membuat persediaan.

“Malaysia ini sebuah negara demokrasi, di mana pun orang nak bertanding tak jadi masalah. Tak ada halangan di Perak dan kami tak boleh halang siapa-siapa nak bertanding pun.

“Tapi baguslah beritahu awal supaya kami boleh buat persiapan awal. Politik ini sangat dinamik,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke kawasan terjejas ribut di daerah Manjung di Dewan Amanjaya Fasa 3A, di sini pada Ahad.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Pengerusi PKR Perak, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak bahawa Anwar dipelawa bertanding di salah satu kerusi Parlimen di Perak pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

oleh Saifullah Ahmad

kredit foto: TheStraitsTimes

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: