Berita | Kerajaan lulus projek lonjakkan pertumbuhan sektor, industri strategik

SHAH ALAM – Kerajaan bersetuju meluluskan beberapa program dan projek utama untuk dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bagi melonjakkan pertumbuhan sektor dan industri strategik.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, antaranya ialah dana pinjaman pelaburan penyelidikan dan pembangunan bidang aeroangkasa, elektrik dan elektronik.

Selain itu, menurutnya, penubuhan Centre of Excellence for Future Industry; dana harta intelek; dan skim pembiayaan mudah bagi pendigitalan dan penerima gunaan teknologi untuk menyokong syarikat tempatan beralih kepada teknologi termaju.

“Dengan terlaksananya beberapa perancangan ini, saya percaya kita akan dapat mencapai sasaran pertumbuhan purata sektor perkhidmatan sebanyak 5.2 peratus, pembuatan 5.7 peratus, pertanian 3.8 peratus, perlombongan dan pengkuarian 2.6 peratus serta pembinaan 4.2 peratus dalam tempoh RMK12.

“Sektor pelancongan yang paling terjejas berikutan pandemik dijangka pulih dengan sasaran pertumbuhan 3.8 peratus.

“Perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) pula dijangka dapat menyumbang sebanyak 45 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan 25 peratus kepada jumlah eksport pada tahun 2025,” katanya ketika pembentangan RMK12 pada Isnin.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata, PMKS merupakan tulang belakang kepada ekonomi negara.

Jelas beliau, pada akhir tahun 2020, bilangan PMKS dianggarkan hampir 1.2 juta, bersamaan dengan 97.2 peratus daripada jumlah keseluruhan perusahaan.

“Namun, sebahagian besar PMKS masih kurang berdaya saing dan perlu diperkasa semula setelah terjejas akibat pandemik. Oleh itu, kerajaan komited untuk terus membantu dan menyokong pemulihan PMKS.

“Pada masa yang sama, PMKS digalakkan untuk meneruskan agenda transformasi digital bagi memacu pertumbuhan dalam norma baharu pasca pandemik,” ujarnya. – SINAR HARIAN

oleh Nurul Huda Husain & Nazrin Zulkafli

kredit foto: MIDA Malaysia

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: