Berita | Malaysia berjaya tarik RM107.5 bilion pelaburan

KUALA LUMPUR – Malaysia berjaya menarik pelaburan sebanyak RM107.5 bilion meliputi sektor perkilangan, perkhidmatan dan lain-lain bagi tempoh Januari hingga Jun tahun ini.

Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, jumlah itu menunjukkan lonjakan ketara sebanyak 69.8 peratus berbanding RM63.3 bilion bagi tempoh yang sama tahun lalu.

Menurutnya, daripada jumlah pelaburan ini, pelaburan langsung asing (FDI) menyumbang sebanyak 58.1 peratus atau RM62.5 bilion berbanding RM19.8 bilion bagi tempoh yang sama tahun lalu.

“Bagi pelaburan langsung domestik (DDI) pula menyumbang sebanyak 41.9 peratus atau RM45.1 bilion.

“Pelaburan ini melibatkan 2,110 projek dan dijangka mewujudkan hampir 45,000 peluang pekerjaan baharu.

“Daripada keseluruhan jumlah FDI tersebut, sektor perkilangan mencatatkan jumlah tertinggi iaitu RM58.2 bilion atau 93.1 peratus daripada jumlah kelulusan FDI.

“Sektor perkhidmatan dan utama pula masing-masing mencatatkan pelaburan sebanyak RM2.16 bilion atau 3.5 peratus dan RM2.15 bilion atau 3.4 peratus,” katanya dalam sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat pada Isnin.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Wan Hassan Mohd Ramli (Pas-Dungun) yang meminta kerajaan menyatakan rancangan strategik kementeriannya untuk menjadikan Malaysia negara mesra pelabur pasca Covid-19 bagi menarik pelaburan syarikat gergasi antarabangsa.

Mengulas lanjut, Mohamed Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak turut memaklumkan kerajaan sentiasa komited mempergiat dan memperkukuhkan usaha untuk terus menarik pelaburan.

Katanya, ia bagi memastikan Malaysia kekal sebagai sebuah negara destinasi pelaburan pilihan, terutamanya pelaburan yang berkualiti tinggi agar dapat memberi manfaat kepada agenda sosio-ekonomi negara melalui limpahan aktiviti ekonomi, pewujudan peluang perniagaan dan penciptaan pekerjaan yang bernilai tinggi. -SINAR HARIAN

oleh Nurul Huda Husain & Nazrin Zulkafli

kredit foto: BusinessToday

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: