Berita | Pendedahan: Sentuhan Khalid dalam membantu usaha pemaju dapatkan tanah di KL

Bekas menteri Khalid Samad sekurang-kurangnya dua kali membantu secara peribadi di sebalik permohonan sebuah syarikat pemaju swasta bagi mengubah keputusan pejabat tanah Wilayah Persekutuan untuk membatalkan kelulusan pemberimilikan satu plot tanah di Kuala Lumpur, MalaysiaNow sudah boleh mendedahkan.

Pemimpin Amanah yang menjadi menteri Wilayah Persekutuan di bawah pentadbiran Pakatan Harapan (PH) itu bukan sahaja mengarahkan setiausaha politiknya untuk membuat tindakan susulan berhubung permohonan Saujana Beringin Sdn Bhd, bahkan turut menggesa datuk bandar Kuala Lumpur meluluskan pemberimilikan 26 ekar tanah bagi tujuan pembangunan bercampur kira-kira setahun kemudiannya.

MalaysiaNow memutuskan untuk menerbitkan beberapa gambar yang menunjukkan nota dan tandatangan ditulis Khalid selepas kenyataan beliau semalam yang mempertikaikan sebuah laporan Jumaat lalu.

Ahli Parlimen Shah Alam itu turut menolak untuk menjelaskan perkara tersebut mengatakan beliau memerlukan lebih banyak perincian berhubung laporan MalaysiaNow selain turut melancarkan serangan terhadap laman sesawang berita tersebut.

Sebuah gambar menunjukkan jawapan balas setiausaha politik Khalid kepada syarikat tersebut menggunakan kepala surat pejabat menteri.Setiausaha politik Khalid, Azli Yusof memaklumkan majikannya sukacita dengan permohonan Saujana Beringin, dan perkara itu telah dirujuk kepada pejabat tanah yang membatalkan pemberimilikan sebuah plot tanah di Kuala Lumpur.© Provided by MalaysiaNow 

Setiausaha politik Khalid, Azli Yusof memaklumkan majikannya sukacita dengan permohonan Saujana Beringin, dan perkara itu telah dirujuk kepada pejabat tanah yang membatalkan pemberimilikan sebuah plot tanah di Kuala Lumpur.

Dalam surat itu, Azli Yusof memaklumkan kepada syarikat tersebut Khalid merujuk permohonan mereka kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Pejabat Tanah dan Galian, sambil menambah bosnya tidak mempunyai sebarang bantahan terhadap usaha untuk mengubah keputusan sebelumnya yang membatalkan pemberimilikan tanah tersebut.

Pemeriksaan MalaysiaNow turut mendedahkan beberapa nama yang biasa didengar dalam rangkaian pemilikan yang mengaitkan mereka dengan Saujana Beringin.

Ia termasuk adik kepada seorang bekas perdana menteri, di mana syarikatnya memiliki saham kawalan dalam sebuah lagi syarikat yang memiliki 100% saham dalam Saujana Beringin.Nota tangan Khalid Samad mengarahkan pembantunya untuk membuat tindakan susulan berhuung surat dari Saujana Beringin bagu mengubah keputusan membatalkan pemberimilikan sebuah plot tanah di Kualam Lumpur.© Provided by MalaysiaNow 

Nota tangan Khalid Samad mengarahkan pembantunya untuk membuat tindakan susulan berhuung surat dari Saujana Beringin bagu mengubah keputusan membatalkan pemberimilikan sebuah plot tanah di Kualam Lumpur.

Sumber pemimpin kanan Amanah yang mendedahkan perkara itu kepada MalaysiaNow berkata ia bukanlah satu-satunya contoh pegawai kanan kerajaan PH melanggar peraturan yang ditetapkan gabungan itu sendiri yang melarang sebarang tindakan yang boleh dilihat menggunakan kuasa kementerian.

Ia termasuk menulis surat sokongan selain memberikan arahan-arahan yang dilihat boleh mempengaruhi keputusan.

“Satu-satunya hal yang dibenarkan adalah penggunaan ‘untuk pertimbangan’ atau ‘diharap pihak anda meneliti perkara ini’,” kata rakan Kabinet Khalid dari DAP Anthony Loke tahun lalu.

Pada Mei tahun lalu, pembantu Khalid, Azli, yang juga merupakan ketua Amanah Shah Alam ditahan dan disiasat mengenai sebuah aduan dari sebuah firma pembinaan yang mendakwa pihaknya diberikan sebuah Kebenaran Merancang (DO) yang palsu.

Susulan itu, Khalid mendakwa Azli menjadi mangsa seorang broker yang menyalahgunakan nama pembantunya untuk membuat keuntungan berjuta ringgit.

Azli kemudian dibebaskan dengan jaminan pihak polis. – MALAYSIA NOW

kredit foto: MalaysiaNow

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: