Berita | RMK12: Lebih banyak peluang pekerjaan kemahiran tinggi

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan memastikan lebih banyak pekerjaan yang berkemahiran tinggi diwujudkan dalam Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) melalui empat inisiatif yang telah dirangka.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, empat inisiatif itu ialah menarik lebih banyak pelaburan baharu yang berteknologi tinggi dan menggalakkan industri beralih kepada automasi dan mekanisasi.

Inisiatif lain ialah mengehadkan kemasukan pekerja asing berkemahiran rendah dan memperkukuhkan kolaborasi antara industri dan akademia.

“Pelan Strategik Kebolehpasaran Graduan 2021-2025 juga diperkenalkan untuk menangani isu ketidakpadanan dalam pasaran buruh.

“Selain itu, Job Creation Strategic Plan 2021-2023 akan diperkenalkan bagi membolehkan negara menyediakan tenaga kerja berdaya tahan dan berkemahiran tinggi yang diperlukan oleh industri.

“Pelaksanaan dua pelan ini akan memastikan rakyat Malaysia mendapat manfaat daripada pewujudan peluang pekerjaan yang baharu,” katanya ketika membentangkan Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) di Dewan Rakyat pada Isnin.

Tambahnya, pandemik Covid-19 telah memberi kesan kepada beberapa sektor ekonomi yang mempunyai kebergantungan yang tinggi terhadap pekerja asing, terutama sektor pembinaan dan perladangan akibat pembekuan pengambilan pekerja.

Katanya, dalam tempoh jangka panjang, jumlah pekerja asing dalam tenaga kerja dihadkan kepada tidak melebihi 15 peratus. – SINAR HARIAN

oleh Nurul Huda Husain & Nazrin Zulkafli

kredit foto: Trade&IndustyDev

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: