Berita | Singapura catat hampir 2,000 kes baharu Covid-19

PETALING JAYA: Angka kes harian Covid-19 di Singapura terus melonjak kepada 1,939 kes semalam, sekali gus melepasi rekod tertinggi yang dicatatkan pada Jumaat lalu dengan 1,650 kes.

Negara itu juga mencatatkan angka yang melepasi 1,000 kes untuk enam hari berturut-turut, lapor Straits Times.

Dilaporkan terdapat 1,934 kes tempatan yang membabitkan 1,536 jangkitan dalam komuniti – terdiri daripada 417 kes membabitkan warga emas berusia 60 ke atas – dan 398 kes di kalangan penghuni asrama manakala lima lagi kes baharu import.

Jumlah keseluruhan jangkitan Covid-19 di Singapura kini sebanyak 87,892 kes.

Sementara itu, terdapat dua kematian yang dilaporkan, dan kedua-duanya membabitkan wanita berusia 97 dan 69 tahun yang tidak menerima suntikan vaksin.

Menurut Kementerian Kesihatan Singapura, mangsa yang berusia 97 tahun dilaporkan meninggal dunia pada Sabtu lalu selepas dikesan positif pada 18 September manakala seorang lagi mangsa itu meninggal dunia pada Jumaat selepas disahkan positif pada hari sama. Kedua-duanya mempunyai masalah kesihatan.

Ini menjadikan jumlah kematian keseluruhan di negara itu sebanyak 78 kes.

Penularan kluster baharu turut dilaporkan di Pusat Borong Pasir Panjang dengan 64 kes dikesan di kalangan pekerja serta pengunjung, dan kini semuanya sedang menjalani kuarantin.

Manakala sebanyak 1,203 pesakit Covid-19 pula ditempatkan di wad hospital, membabitkan 172 orang yang memerlukan bantuan pernafasan berbanding 165 pesakit pada hari sebelumnya.

Pesakit yang dikategorikan sebagai serius pula termasuk 168 pesakit warga emas berusia 60 tahun ke atas. – FMT

kredit foto: AFP

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: