Berita | Malaysia terima sumbangan lebih 2.9 juta dos vaksin Covid-19

PETALING JAYA: Malaysia menerima sumbangan lebih 2.9 juta dos vaksin Covid-19 daripada empat negara menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Dr Adham Baba.

Beliau berkata, sumbangan itu memanfaatkan kira-kira 1.4 juta penerima.

“Sumbangan berkenaan diterima daripada Jepun (AstraZeneca, 998,400), Amerika Syarikat (Pfizer, 1,000,350), China (Sinovac, 500,000) dan United Kingdom (AstraZeneca, 415,040),” katanya dalam jawapan bertulis yang dimuat naik di laman sesawang Parlimen Malaysia.

Beliau menjawab pertanyaan Mahfuz Omar (PH-Pokok Sena) yang meminta kerajaan menyatakan jumlah dos diperoleh secara derma daripada negara luar dan adakah vaksin itu dijual kepada mana-mana pihak.

Menjelaskan perkara itu, Adham berkata, kerajaan tidak menjual sumbangan vaksin yang diterima memandangkan Malaysia terikat dengan perjanjian antara negara penyumbang yang tidak membenarkan sebarang penjualan kepada pihak ketiga.

Sementara itu, menjawab pertanyaan berasingan daripada Pang Hok Liong (PH-Labis) mengenai perolehan vaksin, Adham berkata, kerajaan mengadakan rundingan perolehan sebanyak 87.89 juta dos bagi keseluruhan penduduk Malaysia termasuk stok penimbal setakat September.

“Sehingga 19 September, jumlah bekalan vaksin yang diterima secara kumulatif adalah sebanyak 49.7 juta daripada keseluruhan perolehan dos vaksin tanpa mengambil kira perolehan jenis Sputnik (Gamaleya) yang belum dimuktamadkan,” katanya. – FMT

kredit foto: Reuters

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: