Berita | Penganut ‘gocoh’, bimbang kuil dirobohkan

KUALA LUMPUR: Keadaan huru-hara di luar sebuah kuil di Cheras di sini dengan pergaduhan melibatkan beberapa individu, malah sekurang-kurangnya dua orang ditahan susulan dakwaan kerajaan mahu merobohkan premis itu.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Bukit Bintang Fong Kui Lin kemudian memaklumkan pemberita, kejadian itu sekadar salah faham antara penganut kuil dengan pihak berkuasa melibatkan pagar di tepi jalan.

Seorang penganut kuil itu berkata keadaan tegang selama tiga jam sehingga Fong akhirnya tiba di situ dan berjaya meredakan keadaan.

Lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai Yap berkata, pihak berkuasa datang ke Kuil Wong Low Shen See Chee How, dipercayai untuk merobohkannya.

Katanya, penganut di situ serta anggota jawatankuasa kuil cuba menghalang mereka.

“Dalam keadaan kelam-kabut itu, ada antara kami dicederakan polis dan mereka cuba memaksa kami memasuki Black Maria,” katanya.

Dalam video berdurasi 76 saat yang dikongsikan di laman Facebook Kuil Wong Low Shen See Chee How, lebih 10 individu dilihat memegang kayu berlari ke arah sebuah traktor dalam usaha menghalang jentera berat itu.

Seorang wanita didengar bercakap dalam video itu mendakwa polis “menyerang orang awam”.

Dalam video lain pula, Ketua Polis Daerah Cheras Muhammad Idzam Jaafar dilihat berunding dengan beberapa individu dari kuil berkenaan.

Akhbar Sin Chew Daily melaporkan, dua individu telah ditahan dalam kejadian itu. Yap bagaimanapun mendakwa empat orang yang ditahan.

“Empat individu yang ditahan termasuk dua penganut yang juga lepasan sekolah.

“Mereka dibawa ke Balai Polis Salak Selatan,” kata Yap dengan menambah jawatankuasa kuil akan mengeluarkan kenyataan lebih terperinci.

Sementara itu, Fong berkata keadaan itu sekadar “salah faham” berikutan ahli jawatankuasa kuil mendirikan pagar sepanjang rizab jalan yang menuju ke kawasan tanah di belakang kuil berkenaan.

“Keadaan berjaya diredakan selepas saya tiba di situ. Saya bercakap dengan Ketua Polis Daerah (Izham) dan meminta pihak kuil serta penganut berkenaan diberi sedikit masa dan ruang,” katanya.

Sementara itu, Izham memberitahu wartawan menerusi WhatsApp bahawa polis akan mengeluarkan kenyataan berhubung isu itu. – FMT

credit photo: FMT

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: