Berita | SPRM belum mula siasatan kes pindah wang milik MBI

ALOR SETAR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah belum memulakan siasatan terhadap dakwaan pemindahan wang RM13 juta milik Menteri Besar Incorporated (MBI) ke akaun luar negara

Pengarahnya, Datuk Shaharom Nizam Abd Manap, berkata ini kerana sehingga kini belum ada mana-mana pihak tampil membuat laporan rasmi berhubung dakwaan itu, termasuk kerajaan negeri.

“SPRM belum terima laporan rasmi daripada sesiapa, jadi belum ada siasatan terbuka atau rasmi dibuat,” katanya ketika dihubungi BH di sini, hari ini.

Khamis lalu, media melaporkan kerajaan negeri akan menuntut kembali wang RM13 juta milik MBI yang didakwa dipindahkan ke akaun luar negara ketika Datuk Seri Mukhriz Mahathir menjadi Menteri Besar Kedah.

Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor, dilaporkan berkata dokumen berkaitan pemindahan wang itu sudah diserahkan kepada SPRM yang sedang menyiasat perkara berkenaan secara lebih lanjut.

Sebelum ini, Muhammad Sanusi mendedahkan wang RM13 juta itu dipindahkan ke akaun luar negara Bank Barclays di Kanada ketika Mukhriz masih menjadi Menteri Besar.

Bagaimanapun, Mukhriz dalam satu sidang media Pakatan Harapan (PH) Kedah menafikan tuduhan dibuat Muhammad Sanusi selain menganggap dakwaan itu adalah tidak jelas. – BH ONLINE

oleh Noorazura Abdul Rahman

kredit foto: TheStar

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: