Lebih 85% dewasa lengkap divaksinasi ketika jumlah suntikan vaksin lepasi 43 juta
Lebih 85.1% atau 19,945,616 populasi dewasa lengkap divaksinasi setakat semalam.
Sementara 94% atau 23,178,045 individu dewasa telah menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan vaksin termasuk dos tunggal vaksin CanSino.
Bagi populasi keseluruhan, 61.1% telah menerima vaksin lengkap sementara 71% telah menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan vaksin.
Sejumlah 329,722 dos telah diberikan semalam, menjadikan keseluruhan suntikan vaksin di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) sebanyak 42,699,197. – MALAYSIA NOW
credit photo: Reuters