Berita | SUKE alternatif terbaik pengguna elak kesesakan di MRR2

PETALING JAYA: Lebuhraya Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) dijangka akan mengurangkan kesesakan jalan di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) Kuala Lumpur serta menangani keluhan pengguna yang menggunakan laluan itu setiap hari, kata pakar pengangkutan.

Perunding perancang pengangkutan Rosli Azad Khan berkata kesesakan di MRR2 berlaku sejak awal lagi kerana rekaan lebuh raya yang kurang memuaskan dan perjalanan ke persimpangan juga memakan masa lebih lama untuk pengguna.

Katanya, walaupun jumlah aliran trafik meningkat sejak beberapa tahun lalu namun bilangan lorong masih kekal berikutan kurangnya perancangan yang dilakukan oleh pihak bertanggungjawab.

Rosli memberitahu FMT bahawa SUKE, yang membabitkan laluan dari Ulu Kelang ke Sungai Besi akan mengurangkan penggunaan MRR2 oleh penduduk Ampang.

“Ia akan menyediakan alternatif terbaik kepada mereka yang melakukan perjalanan dari bahagian timur di Lembah Klang. Perjalanan lebih pantas tetapi perlu melalui tol. Namun, bayaran tol mungkin menggantikan kos minyak dan masa yang terpaksa dihabiskan dalam kesesakan jalan raya di sepanjang MRR2.

“Pengguna motosikal boleh membuat pilihan mengikut kehendak mereka sendiri,” katanya.

Adnan Shaari yang menetap di Taman Dagang Jaya, Ampang, berkata SUKE dijangka dapat menjimatkan separuh masa pengguna dari kawasan itu setiap kali mereka mahu keluar ke Kuala Lumpur.

Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Dagang Jaya itu berkata sejak menetap di situ tujuh tahun lalu, dia mengambil masa sehingga 45 minit untuk ke pusat bandar akibat masalah kesesakan teruk yang berlaku di MRR2.

Dengan adanya SUKE, Adnan menjangkakan masa perjalanannya dapat dijimatkan kepada 10 hingga 15 minit walaupun ketika waktu puncak.

“Lebuh raya ini akan menjadi sangat membantu terutama bagi mereka yang berulang-alik ke pejabat setiap hari dan mahu sampai ke destinasi masing-masing dengan cepat. Ia juga menyediakan lebih banyak pilihan. Jika pengguna tidak mengejar masa, mereka boleh menggunakan jalan lama,” katanya kepada FMT.

Timbalan Pengurus Besar SUKE Zarulazam Eusofe berkata lebuh raya baharu itu dijangka akan memanfaatkan lebih 170,000 pengguna jalan raya setiap hari apabila lebuh raya bertingkat itu boleh memendekkan masa perjalanan serta mengatasi kesesakan teruk di MRR2.

SUKE dihubungkan dengan beberapa lebuh raya utama lain seperti Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE), Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH) dan Lebuhraya Sungai Besi (Besraya).

“Selain aliran trafik lebih lancar, lebuh raya ini juga membantu pengguna menjimatkan minyak dan masa perjalanan,” kata Zarulazam. – FMT

oleh Nicholas Chung

krediti foto: Bernama

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: