Berita | Kerajaan sasar beri geran skim pinjaman mudah pekebun kecil B40, kata Zuraida

KUALA LUMPUR: Kerajaan mensasarkan pemberian Skim Pinjaman Mudah Tanam Semula Pekebun Kecil Sawit (TSPKS) kepada golongan B40 dengan keluasan tanah 10 ekar ke bawah bagi tujuan penanaman kelapa sawit.

Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Zuraida Kamaruddin berkata, langkah itu merupakan polisi baharu yang sedang dirancang kementeriannya supaya para pekebun kecil boleh mengurus ladang sawit dengan lebih produktif.

“Ketika ini kita mempunyai seramai 208,108 pekebun kecil persendirian dalam negara kita yang merangkumi 895,267 hektar. Jadi ini merupakan 40% daripada pekebun sawit yang terlibat dalam industri sawit terdiri daripada pekebun kecil.

“Kementerian sedang merancang untuk memperkenalkan polisi memberikan panduan bagaimana mereka boleh mengurus ladang sawit mereka agar lebih produktif. Jadi kita akan memperkenalkan bantuan bersasar, maknanya kita akan sasarkan kepada golongan B40 dulu yang mempunyai tanah seluas 10 ekar ke bawah” katanya di Dewan Rakyat.

Beliau menjawab pertanyaan Wilson Ugak Anak Kumbong (GPS-Hulu Rajang) yang meminta kerajaan menyatakan sekiranya bercadang untuk memperkenalkan semula skim TSPKS secara percuma kepada pekebun kecil.

Zuraida berkata, skim berkenaan juga akan diberi dalam bentuk geran, bukan lagi pinjaman.

“Kita akan membuat formula bagaimana nak membantu dengan memberikan geran, bukan pinjaman lagi. Geran kepada golongan B40 yang mengusahakan ladang sawit ini,” katanya. – FMT

oleh Faiz Zainudin

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: