Berita | Azalina dilantik Penasihat Khas PM

SHAH ALAM – Bekas Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Seri Azalina Othman Said dilantik sebagai Penasihat Khas Undang-undang dan Hak Asasi Manusia kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Perkara itu disahkan Azalina yang juga Ahli Parlimen Pengerang menerusi hantaran di Facebook beliau pada Sabtu.

Melalui hantaran itu, beliau mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri atas kepercayaan yang diberikan atas pelantikan itu

“Insya-ALLAH dengan kudrat yang ada saya akan lakukan yang terbaik demi negara,” katanya.

Beliau menerima surat pelantikan itu daripada Ismail Sabri pada Khamis lalu.

Azalina sebelum ini meletakkan jawatan Timbalan Speaker Dewan Rakyat pada 23 Ogos lalu.

Ia selang seminggu setelah Perdana Menteri Kelapan, Tan Sri Muhyiddin Yassin meletak jawatan dan ada spekulasi bahawa beliau akan dilantik sebagai menteri kabinet oleh Ismail Sabri. – SINAR HARIAN

oleh Raiham Mohd Sanusi

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: