Berita | Isu suntikan kosong: Petugas ditamat perkhidmatan, remaja kini boleh diiring ibu bapa

Seorang petugas kesihatan (penyuntik) yang dirakam dalam video memberikan suntikan dengan picagari kosong kepada seorang penerima vaksin Covid-19 remaja dua hari yang lalu telah diberhentikan dari perkhidmatan.

Berikutan kejadian itu, Kementerian Kesihatan juga memutuskan untuk membenarkan setiap individu di bawah umur ditemani oleh ibu bapa atau penjaga mereka semasa suntikan.

Timbalan Menteri Kesihatan Dr Noor Azmi Ghazali berkata, kerajaan memandang serius kejadian tersebut dan akan mengambil langkah sewajarnya untuk memastikan proses vaksinasi dilakukan dengan selamat.

“Pihak CITF-A telah meneliti laporan yang diterima dan telah dimaklumkan bahawa pihak Healthcare Organisation (HCO) yang dilantik di bawah ProtectHealth Corporation Sdn. Bhd. telah memberhentikan petugas kesihatan (penyuntik) berkenaan dari bertugas memberi vaksin di PPV UM dengan serta-merta.

“Keselamatan dan kesejahteraan penerima vaksin adalah menjadi keutamaan kami dan semua pengamal perubatan akan terus dipantau untuk mematuhi prosedur operasi standard (SOP),” kata Noor Azmi.

Untuk makluman, petugas kesihatan itu hanya ditamatkan perkhidmatannya dengan ProtectHealth. Menurut jurucakap Kementerian Kesihatan, dia masih mempunyai pekerjaan dengan organisasi kesihatan tetapi tidak lagi dibenarkan bekerja di mana-mana PPV.

Sementara itu, Noor Azmi berkata CITF-A juga memutuskan untuk mengizinkan orang dewasa menemani remaja semasa vaksinasi setelah mempertimbangkan kebimbangan ibu bapa terhadap proses imunisasi.

Mulai esok, ibu bapa atau penjaga akan dibenarkan bersama dengan remaja sehingga mereka menerima suntikan mereka.

Mereka juga dibenarkan melakukan rakaman video sepanjang proses suntikan.

Bagaimanapun, Noor Azmi berkata, ibu bapa harus menunggu di luar selama tempoh pemerhatian untuk memastikan bahawa ada ruang yang cukup untuk menampung penerima vaksin.

Kes suntikan picagari kosong itu mendapat perhatian awam sebuah video kejadian itu tular di media sosial, semalam.

Dalam kenyataan awal hari ini, Noor Azmi mengatakan bahawa kejadian itu adalah kesilapan ketika bertugas atau ‘human error’, dan remaja itu segera diberi vaksin setelah pekerja kesihatan yang terlibat menyedari kesalahannya. – MALAYSIAKINI

kredit foto: Asyraf Hamzah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: