Berita | Malaysia mula runding perolehan ubat antiviral Merck – KJ

KUALA LUMPUR: Malaysia sudah memulakan proses rundingan perolehan ubat antiviral COVID-19 daripada syarikat perubatan Merck, kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata, ia adalah sebahagian usaha Kementerian Kesihatan (KKM) untuk terus memperkasa usaha dalam peralihan kehidupan bersama COVID-19.

Menerusi perkongsian di Twitter hari ini, katanya, penambahan pemilihan rawatan inovatif akan dilakukan sebagai tambahan vaksinasi.

“Mengenai peralihan ke fasa endemik COVID-19, pilihan inovasi rawatan tambahan akan diberikan, sebagai tambahan kepada vaksinasi.

“Saya sudah memulakan rundingan bagi perolehan ubat (COVID-19) berkesan yang sudah melepasi ujian klinikal,” katanya.

Kenyataan itu merujuk kepada pil dikeluarkan syarikat dari Amerika Syarikat (AS), Merck & Co yang dikatakan berpotensi mengurangkan risiko kematian COVID-19 dan kadar kemasukan ke hospital sehingga 50 peratus keluaran Merck.

Merck dalam satu kenyataan pula berkata, ia akan memohon kepada pihak berkuasa kesihatan AS untuk membenarkan penggunaan ubat tersebut di seluruh dunia.

Pakar penyakit berjangkit Amerika Syarikat, Dr Anthony Fauci menyifatkan ia sebagai berita sangat baik selain data yang dikemukakan adalah amat mengagumkan. – BH ONLINE

oleh Muhammad Yusri Muzamir

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: