Berita | Tok Mad beri amaran ADUN jangan sabotaj kerajaan Melaka

KUALA LUMPUR – UMNO memberi amaran kepada ahlinya yang melakukan kerja sabotaj sehingga meruntuhkan kerajaan Melaka secara automatik keahliannya akan tergugur.

Timbalan presidennya, Datuk Seri Mohamad Hasan memberi peringatan itu berikutan spekulasi bertiup kencang mengenai pergolakan kerajaan Melaka yang mungkin jatuh ke tangan Pakatan Harapan (PH).

“Jika didapati ada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang melakukan kerja itu dan boleh menjatuhkan kerajaan, maka secara automatik keahliannya akan tergugur.

“Itu sajalah bagi pihak parti. Saya berharap wakil rakyat, Ketua Menteri dan Speaker dapat memainkan peranan,” katanya ringkas menjawab kemelut yang berlaku di Melaka.

Pergolakan politik di kalangan wakil rakyat UMNO dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) di negeri itu dikatakan nyaris mengundang pertukaran kerajaan.

Kekecohan itu bertiup kencang selepas dikatakan empat wakil rakyat atau ADUN termasuk dua dari UMNO dan BN hendak melompat kepada PH.

Daripada empat ADUN itu, antara yang disebut adalah ADUN Pengkalan Batu, Datuk Norhizam Hassan Baktee; ADUN Sungai Udang, Datuk Seri Idris Haron; ADUN Pantai Kundor, Nor Azman Hassan; dan ADUN Telok Mas dari PPBM, Noor Effendi Ahmad.

Jika benar khabar angin itu, Melaka bakal menyaksikan pertukaran kerajaan dari PN kepada PH, yang mana sebelum ini Melaka ditadbir oleh Barisan Nasional (BN) dan bertukar tangan kepada PH selepas PRU14. – MALAYSIA GAZETTE

oleh Manzaidi Mohd Amin

kredit foto: SinarHarian

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: