Buahfikir | Isu Adib, kenapa nama Zuraida naik?

Satu Malaysia tahu tentang kes Muhammad Adib. Kes Adib bukan sekadar cerita seorang anggota bomba yang terkorban ketika bertugas. Cerita tentang Adib berserabut dengan kisah kaum dan propaganda politik yang genting semasa pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan.

Ceritanya bermula pada November 2018, pergaduhan membabitkan dua kumpulan berhubung isu pemindahan tapak kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25, Seafield, Subang Jaya, jam 3 pagi.

Pagi itu, 18 kenderaan terbakar dan 700 anggota keselamatan, termasuk Adib dikerahkan mengawal keadaan. Pada hari kejadian, Adib diserang dan pukul hingga parah dan jentera bomba dirosakkan selain dua kenderaan lain dibakar.

Begitulah bermula sebuah cerita sebelum ianya berkembang menjadi propaganda politik pembangkang, termasuk UMNO ketika itu. Kematian Adib kerana bertugas meleraikan pergaduhan berkenaan isu pemindahan kuil dilihat sebagai Melayu vs India.

Lebih parah lagi, Menteri yang bertanggungjawab menjaga ketegangan kaum seperti Menteri Perpaduan dan Menteri Komunikasi ketika zaman PH gagal berfungsi. Berkemungkinan mereka sedang bingung dengan keadaan sosial semasa.

Jadi, kematian Adib ditunggang pembangkang ketika itu untuk memperkukuhkan lagi naratif Melayu hilang kuasa selepas PRU-14. Siapa yang mendapat manfaat dengan menjadikan kematian Adib sebagai propaganda politik kaum? Tentulah pembangkang ketika itu iaitu UMNO dan PAS.

Dunia berputar, awal 2020 kerajaan Perikatan Nasional mengambil alih pentadbiran daripada kerajaan Pakatan Harapan. Perubahan ini meletakkan UMNO dan PAS sebagai kerajaan manakala DAP dan Amanah sebagai pembangkang. Sekali pantai bah, permainan politik pun berubah.

Kematian Adib ditunggang lagi, tapi pemainnya lain. Kematian Adib digunakan oleh pembangkang pasca-Sheraton untuk membuktikan kemelayuan dan keislaman kerajaan – khususnya UMNO dan PAS. Tentunya, kepentingan kes Adib sebagai propaganda politik kali ini menyebelahi pembangkang khususnya DAP dan Amanah.

Persoalannya, ketika mahkamah memutuskan kes kematian Adib ini ditutup, tiba-tiba nama Zuraida Kamaruddin naik?

Tentulah hal ini pelik, Zuraida bukanlah sosok politik yang bermain dengan naratif perkauman. Bukan sahaja sebagai prinsip, menjadikan kematian Adib sebagai propaganda politik ketika zaman PH tidak memberi apa-apa kelebihan dan kepentingan buat politik Zuraida. Begitu juga kematian Adib dimainkan ketika zaman PN, ianya tidak membawa faedah buat Zuraida.

Tapi begitulah propaganda dalam mainan politik. Beberapa NGO yang entah dari lubuk mana tiba-tiba bersuara garang dengan nada perkauman sempit disusun untuk menjadikan Zuraida Kamaruddin kambing hitam dalam politik perkauman. Tentulah ada sebabnya. Kata kuncinya, Zuraida merupakan pemimpin yang dekat dengan bomba.

Ketika menjadi Menteri KPKT, Zuraida telah mengusahakan pemberian Elaun Khas Skim Perkhidmatan Bomba sebanyak RM200 sebulan kepada 14,400 anggota pasukan itu dengan peruntukan RM35 juta dalam Bajet 2020. Dalam belanjawan yang sama, Pasukan Khas Bahan Kimia (HAZMAT) dan Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) telah diberi intensif tambahan.

Manakala dalam Belanjawan 2021 atau dipanggil Belanjawan Covid-19 yang dibentangk kelmarin, elaun lebih 1,900 pegawai bomba bantuan dinaikkan kepada RM8 sejam bermula 2021.

Zuraida amat faham dengan tugas bomba dalam keadaan dunia yang makin kompleks. Kalau kita prihatin dengan nasib wira seperti Muhammad Adib, pasti kita ingat pada Hari Bomba Sedunia tahun lepas, Zuraida kata – “tugas yang digalas anggota bomba kian mencabar saban hari dan wajar diberikan penghargaan tinggi… tanpa mengira masa, kaum dan agama, mereka sentiasa bersedia menabur bakti”.

Ini belum termasuk meningkatkan infrastruktur balai dan peralatan ahli bomba di samping penglibatan aktif Zuraida bersama pasukan bomba sebagai frontliner berhadapan wabak COVID-19. Tidak pelik, meski seorang pemimpin wanita, Zuraida amat dikenali dalam pasukan yang didominasi oleh kaum lelaki itu.

Menjadi bagus, efektif dan ‘perform’ adalah bahaya bagi pihak lawan dan perlu dihapuskan walau dengan peluru perkauman sempit sekalipun. Dalam politik, tidak semuanya lurus. Ketika politik perkauman menunggang kematian seorang wira negara dan merancang membunuh politik seorang wirawati, Zuraida Kamaruddin teguh bersama kawan-kawan Adib, terus bekhidmat demi Malaysia. – PPI: Ahmad Roi

Oleh Ahmad Roi

kredit foto: TheStar

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: