Berita | 23,111 pelajar Negeri Sembilan mula bersekolah esok

SEREMBAN – Seramai 23,111 pelajar di Negeri Sembilan akan memulakan sesi persekolahan secara bersemuka mulai Isnin.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan, Md Fiah Md Jamin berkata, ia melibatkan seramai 14,779 pelajar Tingkatan Lima, 1,855 pelajar Tingkatan Enam Rendah dan 1,333 pelajar Tingkatan Enam Atas.

“Selain itu, seramai 1,392 pelajar Berkeperluan Khas Menengah dan 3,700 dari Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional.

“Bagi pelajar yang mengambil International Baccalaureate Diploma pula seramai 30 orang dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 22 orang,” katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.

Menurutnya, seramai 937 pelajar dari lapan sekolah berasrama penuh dan 558 pelajar dari sekolah asrama harian dibenarkan pulang ke asrama pada Ahad.

Media sebelum ini melaporkan, sekolah dan seluruh ekosistem pendidikan negeri yang memasuki Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN) sudah bersedia menerima kehadiran pelajar masing-masing, menjelang sesi persekolahan secara bersemuka mulai 3 Oktober.

Menteri Kanan Pendidikan, Senator Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata, pada ketika ini sekolah di Langkawi, Labuan dan Negeri Sembilan akan mengikut pengoperasian sekolah Fasa Empat PPN.

“Meskipun kemasukan pertama ini untuk kelas peperiksaan tapi ia akan diikuti murid-murid lain di sekolah rendah juga. – SINAR HARIAN

oleh Syamilah Zulkifli

krediti foto: BH

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: