Berita | Ibrahimovic diketepikan Sweden kerana kecederaan*

Stockholm: Zlatan Ibrahimovic diketepikan skuad Sweeden menjelang aksi kelayakan Piala Dunia kerana mengalami kecederaan tendon Achilles kata persekutuan boleh sepak negara itu.

Penyerang yang akan berusia 40 hari ini hanya beraksi sekali musim ini buat AC Milan, menjaringkan gol selepas dimasukkan sebagai pemain gantian ketika menang ke atas Lazio bulan lalu.

Dia keluar dari persaraan selepas hampir lima tahun dari bola sepak antarabangsa Mac lalu dengan sasaran beraksi di Euro 2020 namun terlepas kejohanan itu kerana kecederaan lutut.l

Sweden akan melayan Kosovo pada 9 Oktober dan Greece tiga hari kemudian.

“Sayangnya dia tidak cukup masa untuk pulih sepenuhnya bagi membolehkan diturunkan pada perlawanan akan datang,” kata jurulatih Sweden, Janne Andersson.

“Ini memalukan untuk kami dan pastinya buat Zlatan juga.”

Sweden kini di tempat kedua Kumpulan B dalam aksi kelayakan empat mata di belakang Sepanyol namun masih mempunyai dua perlawanan di tangan.

Ibrahimovic adalah pemegang rekod sebagai penjaring utama sepanjang masa di negaranya dengan 62 gol dalam 118 penampilan tapi belum menjaringkan sebarang gol di pentas antarabangsa sejak 2015.

Sweden memanggil Viktor Gyokeres untuk menggantikan tempatnya.

Gyokeres menjaringkan sembilan dari 11 perlawanan musim ini bersama kelab pasukan dia kelas kedua Coventry. – AP

kredit foto: France24

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: