Berita | ‘DUN Melaka bubar’

MELAKA: Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali, mengambil langkah membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) mulai semalam, dalam usaha menyelesaikan kemelut politik di negeri itu.

Pembubaran DUN Melaka itu dibuat selepas Sulaiman hilang majoriti sokongan, susulan tindakan empat ADUN daripada blok kerajaan, menarik sokongan terhadap kepemimpinannya semalam.null

Keputusan pembubaran DUN itu dibuat selepas cadangan yang dikemukakan oleh Sulaiman mendapat kelulusan Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Ali Rustam.null

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, berkata Proklamasi Pembubaran DUN Melaka itu diwartakan hari ini.

“Yang di-Pertua Negeri sudah membuat pertimbangan dan bersetuju membubarkan DUN Melaka pada pada 4 Oktober.

“Cadangan pembubaran DUN itu dibuat Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali, pagi semalam,” katanya. – BH Online

oleh Amir Mamat

kredit foto: MStar

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: