Berita | Idris dakwa dua lagi ADUN tarik sokongan terhadap KM Melaka
SHAH ALAM – Bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron mendakwa dua lagi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dijangka menarik sokongan terhadap Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali.
Sekiranya dakwaan itu benar, ini bermakna jumlah yang hilang kepercayaan terhadap Sulaiman bertambah kepada enam orang.
Pada Isnin, empat ADUN iaitu Idris yang juga ADUN Sungai Udang; ADUN Pantai Kundor, Datuk Nor Azman Hassan, ADUN Pengkalan Batu, Datuk Norhizam Hassan Baktee dan ADUN Telok Mas, Datuk Noor Effandi Ahmad mengumumkan hilang kepercayaan terhadap Sulaiman.
Pengumuman itu sekali gus menjawab desus-desus kemelut politik di Melaka sejak beberapa hari lalu. – SINAR HARIAN
kredit foto: FMT