Berita | Kes kematian baharu akibat Covid-19 turun kepada 2 angka

PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan 76 kes kematian akibat Covid-19 semalam, menurut perangkaan GitHub.

Daripada jumlah itu, 15 kes diklasifikasikan sebagai kematian di luar hospital (BID) dengan jumlah keseluruhan kematian kini mencecah 26,759.

Perak mencatatkan angka kematian tertinggi dengan 13 kes, diikuti Sarawak (11), Kelantan (10), Sabah (sembilan), Pulau Pinang, Pahang dan Terengganu (masing-masing empat), Kuala Lumpur dan Kedah (masing-masing tiga) serta Melaka, Negeri Sembilan dan Perlis (masing-masing satu).

Tiada kes kematian direkodkan di Labuan dan Putrajaya.

Sehingga tengah malam tadi, sebanyak 142,860 kes aktif Covid-19 direkodkan, termasuk 860 yang ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 461 yang memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sebanyak 15,456 kes sembuh turut dilaporkan.

Jumlah keseluruhan kes Covid-19 di negara ini kini mencecah angka 2,285,640. – FMT

kredit foto: BH ONLINE

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: