Berita | Wisma Putra panggil duta China, bantah pencerobohan di Laut China Selatan
Kementerian luar pada Isnin memanggil wakil Beijing ke Malaysia bagi menyatakan bantahan berhubung kapal China memasuki zon ekonomi maritimnya di Laut China Selatan.
Duta Besar China Ouyang Yujing dipanggil “bagi menyatakan pendirian dan bantahan Malaysia terhadap kehadiran dan aktiviti kapal dari China, termasuk kapal peninjau, di zon ekonomi eksklusif Malaysia”, kata kementerian itu dalam satu kenyataan.
Kementerian luar mendakwa China melanggar undang-undang tempatan dan antarabangsa dengan kehadiran kapalnya di pesisir Sabah dan Sarawak.
Pertemuan pada Isnin adalah kali kedua kerajaan memanggil wakil Beijing tahun ini sebagai bantahan terhadap kegiatan China di perairan yang menjadi perebutan pelbagai negara itu. – REUTERS
kredit foto: CNN INDONESIA