Berita | Hari Sukan Negara: KBS nafi ketepi EXCO negeri pembangkang
KUALA LUMPUR: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menafikan dakwaan EXCO Belia dan Sukan di negeri di tadbir Pakatan Harapan (PH) diketepikan dalam penganjuran Hari Sukan Negara.
Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ti Lian Ker, berkata semua pihak dijemput untuk membabitkan diri dalam penganjuran program berkenaan.
Selain itu, katanya, peruntukan sebanyak RM21,000 diberikan kepada negeri, manakala RM8,000 bagi setiap daerah untuk penganjuran program sempena Hari Sukan Negara.
“Saya akan siasat tuduhan ini dan sukan sepatutnya tidak boleh dipolitikkan.DIS
“Kalau memang ada apa-apa, kita akan membawanya kepada agensi berkaitan,” katanya pada sesi penggulungan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) di Dewan Rakyat, hari ini.
Beliau menjawab celahan Sim Chee Keong (DAP-Bukit Mertajam) yang mendakwa tindakan bersifat politik itu dilakukan ke atas negeri ditadbir PH. – BH ONLINE
oleh Muhammad Yusri Muzamir
kredit foto: MalayMail