Berita | Kereta dipandu warga asing rempuh bank

JERANTUT – Suasana di sebuah bank di sini kecoh apabila kereta jenis Proton Persona yang dipandu seorang lelaki warga asing secara tiba-tiba merempuh dinding kaca premis berkenaan pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Jerantut, Superintendan Mazlan Hassan berkata, kejadian kira-kira jam 7.30 pagi itu dipercayai berlaku selepas mangsa berusia 29 tahun tertekan pedal minyak ketika ingin meletakkan kenderaannya di hadapan bank terbabit.

“Kemalangan ini tidak melibatkan kecederaan tetapi kereta tersebut rosak di bahagian depan selain pintu bank pecah,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Menurutnya, mangsa yang bekerja sebagai buruh di sebuah syarikat telekomunikasi memiliki lesen memandu antarabangsa telah hadir membuat laporan polis mengenai kejadian tersebut dan dirakam percakapan.

“Tiada elemen jenayah wujud dalam kejadian ini dan kes diklasifikasikan di bawah Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959,” katanya. – SINAR HARIAN

oleh Rosilawati Rosedi

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: