Berita | Selamat tinggal MotoGP – Hafizh

Kuala Lumpur: Selepas lama berteka-teki, Pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin Abdullah mengesahkan bahawa musim ini adalah tahun terakhirnya beraksi di Kejohanan Motosikal Dunia (MotoGP).

Pelumba NTS RW Racing GP itu berkata, beberapa faktor mendorongnya untuk mengundur diri selepas lapan tahun beraksi di kejohanan berprestij itu.

Antaranya jelas Hafizh, dia sudah sedaya upaya berusaha untuk mendapatkan keputusan terbaik bersama pasukan RW Racing GP namun ia tidak mendatangkan hasil yang diharapkan.

“Saya sebenarnya dah buat sehabis baik dengan jentera saya. Mungkin saya dan pasukan tak dapat nak cari cara mana lagi untuk tingkatkan prestasi jentera,” katanya.

Hafizh juga mengesahkan kekangan kewangan kerana terpaksa mengeluarkan perbelanjaan sendiri mendorongnya untuk memikirkan semula mengenai masa depannya.

“Saya tahu ramai yang masih mengharapkan saya kekal tetapi saya perlu fikir masa depan dan mungkin buat benda yang lain,” katanya.

Tegas Hafizh, dia tidak mahu kekal beraksi di MotoGP hanya disebabkan perlu membawa dana atau tajaan kepada pasukan yang ingin disertainya terutama pasukan berpangkalan di Eropah.

“Saya bukan tak minat cara macam itu tapi saya yakin mampu bersaing dengan yang lain, jadi kenapa saya perlu bawa duit untuk pasukan?

“Kemudian kalau saya tak dapat apa yang saya inginkan terutama prestasi jentera, saya rugi macam itu saja,” katanya.

Jelas Hafizh, dia masih belum memikirkan masa depannya selepas ini namun tidak menolak untuk beraksi di kejohanan lain selain MotoGP seperti Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) atau Kejohanan Superbike Dunia (WSBK).

“Saya tak berani buat keputusan sekarang. Bila tiba masanya saya akan bagi tahu apa yang akan saya buat,” katanya. – HARIAN METRO

oleh Saiful Affendy Sapran

kredit foto: RedBull

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: