Berita | Terpulang kepada PM tentukan darurat elak PRN Melaka

KUALA LUMPUR: UMNO menyerahkan kepada kebijaksanaan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk membuat keputusan sesuai berhubung Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Ahmad Maslan, berkata ia termasuk berkaitan keputusan sama ada akan menasihatkan Proklamasi Darurat di negeri itu atau sebaliknya.

“Itu (proklamasi darurat) tentulah tanggungjawab Perdana Menteri dan terpulang kepada beliau. Perkara seperti ini amat besar dan tentunya akan diputuskan dalam Kabinet agaknya.

“Difahamkan esok akan ada mesyuarat Kabinet dan tentulah perkara ini akan dibincangkan dalam mesyuarat berkenaan. Kita tunggu keputusan dari semasa ke semasa,” katanya pada sidang media di Parlimen, hari ini.

Kelmarin, Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali, dilapor menasihatkan Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Rustam, supaya membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) mulai Isnin lalu, dalam usaha menyelesaikan kemelut politik di negeri itu.

Pembubaran DUN Melaka itu dibuat selepas Sulaiman hilang majoriti sokongan, susulan tindakan empat Ahli Dewan Undangan Negeri daripada blok kerajaan, menarik sokongan terhadap kepemimpinannya. – BH ONLINE

oleh Muhammad Yusri Muzamir

kredit foto: Bernama

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: