Berita | Bursa Malaysia catat dagangan tinggi pada sesi tengah hari

BURSA Malaysia mengekalkan rentak dagangan yang positif pada akhir sesi awal urus niaga hari ini, disokong oleh kegiatan belian di kaunter berwajaran tinggi yang didahului oleh Press Metal dan Top Glove.

Ketika dagangan berhenti rehat tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) yang menjadi penanda aras pasaran meningkat 3.43 mata kepada 1,564.72 berbanding 1,561.29 pada penutupan urus niaga Khamis.

Indeks utama yang dibuka 0.86 mata lebih tinggi pada 1,562.15, bergerak antara 1,558.56 dan 1,566.84 di sepanjang sesi pagi hingga tengah hari.

Press Metal mengukuh 16 sen kepada RM6.06, sementara Top Glove meningkat tujuh sen kepada RM2.82. Apabila digabungkan, kedua-dua saham ini menyumbang 3.35 mata kepada indeks komposit.

Pergerakan harga di pasaran secara keseluruhan kekal rancak dengan kaunter untung berjumlah 494 manakala kaunter rugi 451, 442 kaunter tidak berubah, 882 tidak diniagakan dan 26 yang lain digantung.

Jumlah dagangan 2.79 bilion unit bernilai RM1.77 bilion.

Seorang peniaga berkata, sentimen di pasaran bertambah baik selepas menyaksikan kerancakan semalaman pasaran saham Amerika Syarikat dengan penggubal undang-undang telah mencapai kata sepakat untuk meningkatkan siling hutang negara dalam tempoh terdekat ini.

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Maybank dan IHH masing-masing naik dua sen kepada RM8.07 dan RM6.65, Petronas Chemicals menambah satu sen kepada RM8.69, CIMB meningkat empat sen kepada RM4.90, sementara Public Bank dan Tenaga masing-masing turun satu sen kepada RM4.07 dan RM9.72. – SINAR HARIAN

kredit foto: BH

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: