Berita | Comirnaty dipilih dos penggalak, harga baru kit ujian kendiri dimuktamad Nov

VAKSIN Comirnaty keluaran Pfizer Manufacturing Belgium NV (Belgium) dan BioNTech Manufacturing GmbH, Germany menjadi vaksin pertama yang diluluskan sebagai dos penggalak di negara ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa mesyuarat Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) yang bersidang pada 8 Oktober telah memberi kelulusan bersyarat bagi penggunaan vaksin tersebut sebagai dos penggalak.

“Pemberian dos penggalak diberikan sekurang-kurangnya selepas enam bulan dos kedua untuk golongan berumur 18 tahun dan ke atas,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Menurutnya, kelulusan pendaftaran bersyarat ini bermakna maklumat kualiti, keselamatan dan keberkesanan vaksin ini akan dipantau dan dinilai berdasarkan data-data terkini dari semasa ke semasa.

“Ia bagi memastikan perbandingan manfaat-risiko bagi vaksin tersebut kekal positif,” katanya.

Beliau berkata, vaksin Comirnaty sebelum ini telah diluluskan pendaftaran bersyarat bagi penggunaan dalam kalangan individu berumur 12 hingga 17 tahun pada 15 Jun lalu.

“Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sentiasa komited dalam mempertingkatkan akses kepada produk vaksin Covid-19 di Malaysia dengan memastikan ia telah dinilai daripada aspek kualiti, keselamatan dan keberkesanan oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) dan diluluskan oleh PBKD,” katanya.

Kementerian Kesihatan sebelum ini bersetuju untuk memberi suntikan penggalak kepada mereka yang berada dalam kumpulan berisiko tinggi seperti golongan tua, mereka dengan sistem imun yang rendah dan petugas kesihatan.

Inisiatif ini akan bermula di Sarawak pada bulan ini.

Sementara itu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Alexander Nanta Linggi pula berkata, satu paras harga baharu bagi kit ujian kendiri Covid-19 akan dimuktamatkan pada November ini.

“Kerajaan telah menerima maklum balas dari industri berhubung paras harga yang wajar dipertimbangkan supaya dapat menjamin bekalan mencukupi dan berterusan,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Jelasnya, penjualan kit ujian kendiri di pasar raya dijangka dapat dilaksanakan menjelang akhir Oktober ini. – MSTAR


oleh Aliza Shah

kredit foto: Reuters

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: