Berita | Ahli Parlimen boleh buka pelitup muka ketika berucap

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen yang mengambil bahagian dalam perbahasan atau berucap di dalam Dewan Rakyat dibenarkan membuka pelitup muka bermula Isnin.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun berkata, keputusan itu dicapai selepas penilaian risiko dibuat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Jelas beliau, ia berikutan tiada kes positif Covid-19 yang direkodkan sepanjang ujian saringan menerusi Kit Ujian Pantas (RTK) Antigen dan Polimerase-Transkripsi Terbalik (RT-PCR) yang dibuat dalam persidangan kali ini.

“Berdasarkan penilaian risiko sebegitu, maka KKM berpandangan bahawa pelitup muka dibenarkan dibuka ketika perbahasan di Dewan Rakyat.

“Tetapi ahli-ahli Yang Berhormat diingatkan supaya memakai semula pelitup muka dengan kadar segera sebaik sahaja selesai berucap,” katanya di Dewan Rakyat pada Isnin.

Pada minggu lalu, beberapa ahli Parlimen memohon pertimbangan Azhar Azizan untuk membenarkan pelitup muka dibuka ketika berucap atau berbahas.

Ia berikutan terdapat ahli Parlimen yang terganggu, sukar untuk menyampaikan ucapan dengan jelas dan selesa apabila memakai pelitup muka tersebut. – SinarHarian

oleh Nurul Huda Husain & Mohammad Kharil Ashraf bin Mohammad Khalid

kredit foto: TheStar

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: