Berita | KKM siap siaga hadapi risiko kes COVID-19 meningkat

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) bersiap siaga untuk menghadapi sebarang risiko peningkatan kes COVID-19 susulan orang ramai yang lengkap vaksinasi kini dibenarkan merentas negeri.

Ia berikutan lonjakan kadar pergerakan kenderaan merentas negeri pada hari pertama kebenaran itu diberi, semalam, terutama di Semenanjung membabitkan semua arah sama ada menuju ke utara, selatan atau Lembah Klang.null

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, berkata pergerakan kenderaan merentas negeri di Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) meningkat 14 peratus secara keseluruhan, setakat semalam.

Beliau berkata, pergerakan kenderaan merentas negeri menuju ke arah utara melalui PLUS adalah yang tertinggi, semalam, apabila mencatat peningkatan 20.5 peratus.null

“Pergerakan rentas negeri ke arah selatan di PLUS pula meningkat 15.4 peratus, manakala pergerakan menuju ke Lembah Klang turut meningkat 9.7 peratus.

“Kami akan terus memantau corak penyakit dan data mobiliti untuk mengunjurkan kemungkinan penularan wabak,” katanya menerusi Twitter, hari ini.

Kebenaran rentas negeri kepada individu lengkap vaksinasi, berkuat kuasa semalam, selepas kadar imunisasi COVID-19 mencecah 90 peratus populasi dewasa.

Kebenaran itu membolehkan individu lengkap vaksinasi untuk merentas negeri tanpa memerlukan kebenaran polis, selain melakukan aktiviti seperti melancong atau menziarahi ibu bapa di kampung.

Pada masa sama, remaja berusia 12 hingga 17 tahun dan kanak-kanak yang belum divaksin juga dibenarkan merentas negeri selepas mengambil kira faktor mereka belum boleh diberi pelalian berkenaan.

Melalui ciapan sama, Khairy turut menggalakkan orang ramai untuk mengamalkan TRISS, iaitu test (ujian), report (lapor), isolate (kuarantin atau pengasingan kendiri), inform (memaklumkan) dan seek (mendapatkan rawatan segera).

Beliau sekali gus mengingatkan operator lebuh raya supaya memastikan pengudaraan baik dan penjarakan fizikal dilaksanakan di lokasi berisiko tinggi di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) lebuh raya.

Katanya, pihak lebuh raya juga perlu bersedia untuk menerima jumlah tinggi kenderaan yang dijangka berlaku pada hujung minggu ini, iaitu hujung minggu pertama selepas rentas negeri dibenarkan semula.

“Pemegang konsesi lebuh raya akan diingatkan supaya memastikan lokasi berisiko tinggi seperti surau di R&R memiliki aliran udara yang baik dan ditanda untuk penjarakan fizikal, sebelum aktiviti rentas negeri beramai-ramai yang dijangkakan pada hujung minggu ini,” katanya. – BH Online

oleh Ahmad Suhael Adnan

kredit foto: OhMyMedia

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: