Berita | Jepun mula suntikan dos ketiga Disember ini
TOKYO: Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida semalam, memaklumkan kerajaan merancang untuk mula menyuntik dos ketiga vaksin COVID-19 di negara itu pada Disember ini.
Kementerian Kesihatan negara matahari terbit itu membuat keputusan bulan lalu, untuk memberi suntikan penggalak kepada rakyat, sekurang-kurangnya lapan bulan selepas mengambil suntikan dos kedua vaksin.
Pengambilan dos penggalak itu dengan alasan kajian menunjukkan ia meningkatkan tahap perlindungan untuk mencegah penyakit berkenaan.
“Pihak kami akan membuat persediaan berdasarkan andaian kami akan memulainya seawal bulan Disember ini,” kata Kishida.
Jepun mula memberi suntikan vaksin COVID-19 untuk kakitangan perubatan pada Februari lalu, dan kemudiannya memperluaskan program itu kepada individu berusia 65 tahun ke atas diikuti mereka yang menghidap komorbiditi.
Negara terbabit sudah memulihkan kegiatan sosial dan ekonominya ke tahap normal sejak 1 Oktober lalu.
Bagaimanapun, pakar kesihatan mengingatkan kemungkinan munculnya wabak berkenaan pada musim sejak ketika semakin banyak orang mulai keluar dan melakukan perjalanan di seluruh negara. – AGENSI
kredit foto: Reuters