Berita | MPN cadang pembukaan sempadan, tempoh kuarantin dimansuh atau dipendekkan
KUALA LUMPUR: Majlis Pemulihan Negara (MPN) mencadangkan kepada kerajaan untuk membuka sempadan negara dengan selamat termasuk bagi tujuan pelancongan kepada warga asing yang lengkap vaksinasi COVID-19.
Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, MPN turut mencadangkan agar kerajaan memansuh atau memendekkan tempoh kuarantin warga asing yang tiba dari luar negara.
Katanya, cadangan tersebut dijangka dibincangkan dalam jawatankuasa yang dipengerusi oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob petang ini.
Pertimbangan ini kita telah fikir lama, dengan beberapa peraturan dan pelawat-pelawat asing baik sosial, perniagaan atau pelancong boleh datang ke negara kita telah sempurna vaksinasi,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pemulihan Negara (MPN) keempat di Lanai Kijang, Bank Negara Malaysia (BNM), di sini, pada Jumaat.
Katanya, MPN berharap proses pembukaan sempadan negara yang merupakan aspek penting dalam usaha pemulihan negara dapat dilaksanakan dengan segera, dan selamat. – AWANI
oleh Hasimi Muhamad
kredit foto: BorneoPost